top of page

MATLAMAT PENUBUHAN

 

  •  

  •  

  • Di Peringkat Individu,

    1. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.

    2. Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif

    3. Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat

    4. Kekurangan tekanan (stress) hidup moden

    5. Semangat bergaul dan bersahabat antara individu

    6. Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan

    7.  Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.

  •  

  •  

  • Di Peringkat Masyarakat,

    1. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin

    2. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara

    3. Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat

    4. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya

    5. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

  •  

  •  

  • Di peringkat Antarabangsa,

    1. Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia

    2. Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara

ADDRESS

 

No 5, Jalan BM 3/12 , Bandar Bukit Mahkota , 43000 ,Kajang Selangor

mysrc2015@gmail.com

013-2283533

​0133900429

FIND​ US

Kelab Sukan Dan Rekreasi Anak Malaysia © 2015

bottom of page