

MYsrc


We Are Not Friend But Family
KELAB SUKAN DAN REKREASI ANAK MALAYSIA
Profil Kelab
PENGENALAN
Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa; Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara - antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan Berdikari.pembangunan sukan bersama antara Kerajaan dengan sektor bukan Kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan / persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan; dan Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanahair melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Kepentingannya adalah boleh membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan BERDIKARI melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu Islam Beraja". Selain itu , Sukan juga merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup , mencapai nilai terpuji hidup dan keperluan asas manusia. Kepentingan Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing. Semuanya menggalakkan pergaulan , persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.
LATAR BELAKANG KELAB
Kelab Sukan Dan Rekreasi Anak Malaysia Telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 13 Oktober 2015 dengan nombor pendaftaran PPM 020-10-13102015. Ahli kelab ini tediri ahli dari seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kelab Sukan Dan Rekreasi Anak Malaysia dalam misi memastikan ahli pertubuhan mendapat kebajikan sama rata dan menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan, sosial , kebajikan kesenian dan rekreasi serta memberi peluang perniagaan untuk semua ahli telah mempekenalkan beberapa projek-projek baru yang telah dikenal pasti mampu untuk menjayakan agenda-agenda dalam mencapai misi-misi yang terlah tercatat dalam misi petubuhan Kelab Sukan Dan Rekreasi Anak Malaysia ini sendiri.Projek-projek baru ini diperkenal kan bagi menarik minat ahli-ahli yang telah bedaftar atau yang belum berdaftar bagi melibatkan diri dalam apa jua projek atau aktiviti yang dianjurkan oleh kelab. Penglibatan dari ahli juga mampu menyumbangkan pembangunan serta kemajuan kepada kelab serta berpotensi untuk membawa nama kelab ke peringkat seterusnya yang lebih jauh dari segi percapaian.